Sunday 31 May 2015

Thursday 3 May 2012

SK DATUK USMAN AWANG

SEJARAH SKDUA

Sekolah Kebangsaan Datuk Usman Awang ( SKDUA ) telah dibuka pada 01 Disember 1994. Pada awal penubuhannya, nama sekolah ini ialah Sekolah Kebangsaan Kota Jaya, Kota Tinggi. Sekolah ini mempunyai pentadbiran sendiri pada 1 Januari 1995 apabila guru besar dilantik bertugas di sekolah ini. Pada awal pembinaan, kemudahan fizikal terdiri daripada 1 blok kantin dan 2 blok 3 tingkat yang mengandungi pejabat, bilik guru besar, pusat sumber, musollah, bilik kesihatan, bilik kaunseling, kedai buku, bilik guru, makmal sains, bengkel kemahiran hidup dan stor am. Sekolah ini dibina di bawah projek Kementerian Pelajaran Malaysia dan dimulakan pada tahun 1992 dengan nilaian projek kurang 2.5 juta. Sekolah ini terletak di ( Jalan Bunga Raya, Kota Kecil, 81900 Kota Tinggi, Johor [Tel/Fax - 078834233] ) dengan keluasan tapak, 2 ekar. Pada tahun 2009, tambahan 1 blok bangunan 4 tingkat dibina untuk murid-murid pendidikan khas. Lokasi sekolah, di bahagian timur ialah Sekolah Menengah Teknik. Di bahagian barat ialah kawasan perumahan dan Asrama Anak Yatim. Manakala di bahagian utara ialah Sekolah Kebangsaan Laksamana (Intergrasi) dan SJK(C) New Kota. Bilangan pelajar sekarang seramai 444 orang, termasuk 25 orang murid prasekolah dan 40 murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Manakala bilangan guru seramai 46 orang dan 8 orang kakitangan sokongan terdiri daripada 2 orang Pembantu Tadbir, seorang Juruteknik Komputer, seorang Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah dan 3 orang Pembantu Pengurusan Murid Pendidikan Khas.


VISI SKDUA

" PENDIDIKAN BERKUALITI INSAN TERBILANG NEGARA SEJAHTERA "


MISI SKDUA

" MELESTARIKAN SISTEM PENDIDIKAN YANG BERKUALITI UNTUK MEMBANGUNKAN POTENSI INDIVIDU BAGI MEMENUHI ASPIRASI NEGARA "


PIAGAM PELANGGAN SKDUA
  • Memastikan sistem pendidikan berjalan dengan baik di sekolah ini bagi memenuhi keperluan individu, masyarakat dan Negara serta matlamat perpaduan Negara.
  • Menyediakan staf yang mencukupi serta berdedikasi, komited, berdisiplin, bertanggungjawab dan produktif.
  • Memastikan semua kanak-kanak dan pelajar mendapat tempat belajar pada hari pertama persekolahan bermula.
  • Menentukan setiap guru dan kakitangan mendapat berkhidmat dengan cekap dan berkesan sepanjang masa.
  • Memastikan kami sentiasa peka dan responsive kepada kehendak dan keperluan pelanggan, murid, masyarakat dan Negara.
  • Menentukan segala surat kepada sekolah diberi jawapan dengan segera.
  • Bersedia member penerangan dan maklumat terkini dengan lengkap, tepat dan cepat kepada yang berkenaan.
  • Sentiasa bersedia dan sanggup menerima pendapat, cadangan, syor dan yang membina dari semua pihak demi meningkatkan prestasi perkhidmatan dan kecemerlangan akademik.

GURU BESAR SKDUA

Bil
Tahun
Guru Besar
1
01.12.1994 – 27.02.1996
Encik Mohd. Don bin Hj. Samian
2
11.04.1996 – 31.05.2000
Encik Mohd. Noor bin Mohd. Yassin
3
01.06.2000 – 15.05.2001
Encik Roslan bin Hayon
4
16.05.2001 – 31.05.2002
Pn. Saodah binti Abd. Aziz
5
01.06.2002 – 30.06.2004
En. Abd. Rasid bin Talib
6
01.07.2004 – 01.10.2011
Tn. Hj. Ali bin Jaafar
7
16.11.2011 – 30.12.2015
Pn. Hjh. Aziah bt. Samsudin








8
31.12.2015 – Sekarang
Pn. Nurlia bt. Mohamad



CARTA ORGANISASI SKDUA

SIAPAKAH GURU KESAYANGAN ANDA ??